Penemuan semula We_Can_Do_It!

Satu contoh penggunaan komersial pada mesin layan diri untuk botol minuman

Pada 1982, poster "We Can Do It!" dihasilkan semula dalam satu rencana majalah, "Poster Art for Patriotism's Sake" (Seni Poster untuk Tujuan Patriotisme), sebuah rencana Majalah Washington Post mengenai poster-poster dalam koleksi Arkib Negara.[14]

Pada tahun-tahun berikutnya, poster tersebut dipilih kembali untuk mempromosikan feminisme. Penyokong gerakan kewanitaan memandang imej tersebut sebagai pemerkasaan wanita.[15] "We" (Kita) dianggap mempunyai maksud "We Women" (Kita Perempuan), menyatukan semua wanita dalam persaudarian untuk menentang ketidaksamaan jantina. Penggunaan tersebut sangat berbeza daripada penggunaan poster tersebut pada 1943 untuk mengawal para karyawan dan mengelakkan ketegangan buruh.[1][10] Profesor sejarah Jeremiah Axelrod menyatakan bahawa imej tersebut merupakan gabungan keperempuanan dengan "komposisi dan bahasa badan kelelakian (hampir maco)."[16]

Majalah Smithsonian meletakkan imej tersebut pada kulitnya pada Mac 1994, untuk mengundang para pembaca untuk membaca rencana pilihan tentang poster-poster masa perang. Perkhidmatan Pos AS membuat setem 33ยข pada Februari 1999 berdasarkan pada imej tersebut, dengan menambahkan perkataan "Women Support War Effort" (Wanita Menyokong Usaha Perang).[17][18][19] Sebuah poster Westinghouse dari 1943 disimpan di Muzium Negara Sejarah Amerika, sebagai sebahagian daripada pameran yang menampilkan barang-barangan dari 1930-an dan 1940-an.[20]

Rujukan

WikiPedia: We_Can_Do_It! http://www.anothermag.com/current/view/348/Austral... http://www.artofthetitle.com/title/captain-america... http://www.corbisimages.com/stock-photo/rights-man... http://indianapolis-indiana.funcityfinder.com/2011... http://books.google.com/books?id=F5wukQLkavoC&pg=P... http://books.google.com/books?id=KlxHgYqgDswC&pg=P... http://books.google.com/books?id=YjbR9EXABPEC&pg=P... http://books.google.com/books?id=cZvvAAAAMAAJ http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac...